Salam Pengenalan...



PEWAJA SATU WADAH
GEMILANG SATU IDENTITI








Biah solehah ialah...



"BIAH SOLEHAH merupakan keadaan atau suasana yang menggambarkan suasana yang baik atau islamic environment yang meliputi setiap individu serta masyarakat sejagat. Ia juga menjamin keharmonian suasana yang tenang dengan halawatulnya. Secara tidak langsung juga akan menjamin keselamatan suasana tersebut yang akan mengindahkan lagi BIAH SOLEHAH..."

azlan al-mufsih
perintis biah solehah 





"BIAH SOLEHAH ialah suasana yang senantiasa tenang dan bahagia. Kita akan merasakan kehidupan kita terjamin di sisi Allah swt kerna wujudnya keharmonian dan halawatulnya dalam kehidupan harian. Tambahan pula, redha Allah itu akan hadir dalam sebuah masyarakat yang sentiasa menghayati islamic environment. Inilah yang dikatakan BIAH SOLEHAH..."

hanif ahmad
pengarah skuad biah solehah
sesi 2010/2011




VISI KITA

 Merialisasikan ehwal tarbawi dan suasana islamik dikalangan pelajar dan masyarakat melalui konsep Biah Solehah memacu kearah yang lebih gemilang...



MISI KITA


~Menyuburkan silaturrahim dan ukhwah antara warga insaniah
~Memperkasakan solat jemaah
~Membudayakan bi'ah(suasana) cinta ilmu
~Memastikan etika pemakaian dipatuhi sepertimana yang digariskan Perlembagaan Insaniah
~Memastikan etika pergaulan antara mahasiswa selari dengan tuntutan Islam



LOGO DAN SIMBOLIK KITA





HIJAU                      ~      keindahan suasana yang tenang dan harmoni
MERAH                    ~      keberanian dalam menuju ke arah kebenaran
KUNING                   ~      kemeriahan suasana biah solehah
ALQURAN                ~      sumber kehidupan kita sebagai hamba Allah
MENARA MASJID    ~      visi dan misi yang ditujui yang sentiasa penuh dengan dugaan
BULAN SABIT          ~      ISLAM sebagai ad-din
PADI                        ~      menunjukkan tertubuhnya skuad ini di bumi barakah KEDAH
BULAN PURNAMA   ~      menunjukkan tiada titik noktah dalam menjalinkan persahabatan




MOTO KITA


"PEWAJA SATU WADAH
GEMILANG SATU IDENTITI"




"Kita memperjuangkan ad-din melalui 3 skop iaitu dakwah, siasi dan tarbiyah. Dalam mengejar misi dan visi kita untuk memperkasakan BIAH SOLEHAH, kita hendaklah memastikan diri kita direfreshkan semula dari segi ruhiyah yakni jiwa kita, jasadiyah iaitu personaliti kita sebagai da'ie dan mas'uliah yakni hubungan kita dengan masyarakat serta tanggungjawab kita. Inilah yang dikatakan memperjuangkan yang satu serta dikukuhkan lagi dengan satu identiti yang mantap.."

0 Response to "Salam Pengenalan..."

Post a Comment

Powered by Blogger